GOOGLE TRANSLATE

Tuesday, January 5, 2016

One Page Project Manager ( OPPM )

By MOHDSSA


OPPM adalah alat yang digunakan untuk membantu pentadbir di dalam pengurusan sesuatu Program atau Projek. Penggunaan OPPM dalam membantu seorang pentadbir mendapat gambaran " bird's eye view" merancang, memantau, dan mendapatkan status sesuatu projek atau program. 


Objektif OPPM adalah :



1. Memahami bagaimana OPPM boleh digunakan sebagai alat untuk merancang, mengawal, memantau dan mengkomunikasi maklumat dan status projek / program.

2. Menggunakan OPPM untuk merancang pelaksanaan projek / program di sekolah
3. Merumuskan projek / program dalam satu muka surat ringkas yang mengandungi segala maklumat penting mengenai projek / program.
4.  Boleh digunakan sebagai alat untuk memantau status projek / program dan boleh 
     dikongsi bersama pihak pengurusan dan juga ahli kumpulan yang lain.

Di antara kekuatan yang terdapat di dalam penggunaan OPPM adalah seperti berikut :


 • Praktikal

 • Jimat masa dan tenaga

 • Mengenalpasti maklumat penting projek /  program

 • Memaklumkan status projek / program  kepada ahli

Dalam penyediaan OPPM, seorang pentadbir boleh merujuk kepada Pelan Taktikal dan juga pelan operasi yang telah disediakan berdasarkan Perancangan Strategik. Komponen yang terdapat di dalam OPPM adalah seperti berikut :




Slaid penerangan mengenai OPPM boleh diperolehi di SINI


2 comments: